APA ITU BAHAGIA
-Mior Yusuf
11hb. Oktober, 2018
Apa itu bahagia?
Bukannya pada paras rupa
bukan juga warna kulitnya
walau derita menanggung seksa
sepanjang masa beban dipikulnya
namun bahagia itu dirasa
bila terdengar tangisannya
terasa hilang segala derita
walaupun baru bertarung nyawa
kelahiran dia ceriakan semua.
Bukannya pada paras rupa
bukan juga warna kulitnya
walau derita menanggung seksa
sepanjang masa beban dipikulnya
namun bahagia itu dirasa
bila terdengar tangisannya
terasa hilang segala derita
walaupun baru bertarung nyawa
kelahiran dia ceriakan semua.
Apa itu bahagia?
Bukannya nilai sebanyak mana
kumpul piala, nama dan harta
juga mencipta rekod segala
namun bahagia itu dirasa
bila hadiah yang diterima
bisa membuat insan berjasa
yang telah mendidik melatih kita
hingga menjadi manusia berjaya
menitis airmata tanda gembira.
Apa itu bahagia?
Bukan berjaya kumpul wang berjuta
ada harta di sini sana
pendek kata segalanya ada
namun bahagia itu dirasa
bila segalanya dapat diguna
membantu mereka yang lapar dahaga
kembali ceria bila kenyang semula
yang tidur beralas suratkhabar lama
mampu tersenyum dan tidur lena
dapat berteduh dari segala
anak yang mengemis di jalanraya
sudah kembali bersekolah semula.
Apa itu bahagia?
Bukan banyak mana ilmu di dada
juga deretan sijil berjela
hingga nak menyebut pun memakan masa
namun bahagia itu dirasa
bila segala ilmu yang ada
dikongsikan dengan sesiapa saja
tanpa lokek dan bangga diri pula
mendidik masyarakat yang tak tahu apa-apa
juga anak didik hingga berjaya
kini menjadi insan berguna
malah menyambung legasi kita
Apa itu bahagia?
Bukannya pandai memasak saja
Chef selebriti di pelbagai acara
bina jenama dan juga harta
hingga nak makan pun tiada masa
namun bahagia itu dirasa
bila dapat meluangkan masa
sediakan juadah yang paling istimewa
kepada insan yang tak pernah menyangka
dalam keuzuran dan tak punya apa-apa
memakan apa saja yang dihidangkannya
Apa itu bahagia?
Bukannya berjaya mengejar kerjaya
jadi terkenal seantero dunia
siang malam tidur tak lena
asyik teringat tugas sahaja
hingga ada yang terluka
akibat terasa dipinggirkan pula
namun bahagia itu dirasa
bila yang dibantu datang semula
ucapan terima kasih yang tak terhingga
kerana asbab pertolongan kita
dan juga mendapat khabar berita
yang dibantu sudah berjaya.
Apa itu bahagia?
Bukan terlihat oleh kaca mata
bukan terpampang di mana-mana
tetapi apa sebenar dirasa
jauh di dalam lubuk hati sana
rasa yang sukar digambarkannya
hanya dimiliki mereka yang bahagia
sesuci hati yang mendambakannya
kasih-sayang dan keredhaanNya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan