SIAPAKAH KITA?
-Mior Yusuf
14hb Oktober 2018
Tiada roh tiadalah jasad
tiada gerak tiadalah ombak
tiada bayu tiadalah layar
tiada ribut tiadalah gelora
tiada cahaya menyinari pelangi
selepas gerimis di waktu pagi.
Soalnya dari mana asal semua?
Kalau bukan dari Nur Muhammad.
Asal usul mudah dilupa
mengaku empunya diri milikNya
jadilah kita hamba yang terlena
baru terjaga bila di hujung nyawa
menyesal tak sudah air mata darah
namun segalanya terlambat sudah
tidak mungkin berpatah untuk berubah
walau sesaat tidak akan ditambah.
Puisi ini milikNya jua,
ilham muncul di waktu dan ketika,
dari lubuk hati ke mata pena
beri ingatan buat yang terlena
kita hanyalah bekas kosong yang bernama,
lakonkan apa saja perencanaanNya
tiadalah daya mahupun upaya
tunduk dan patuh segala ketentuanNya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan