MISI MUSTAHIL
(MISSION IMPOSSIBLE)
(Mior Yusuf)
6hb. September, 2016
Segalanya bermula dengan impian
Impian yang kini jadi kenyataan
Misi Mustahil membawa harapan
Mengangkat martabat GP sekelian
Mulanya tampak terlalu perlahan
Ada kemungkinan akan dibatalkan
Ada kemungkinan akan dibatalkan
Rahmat Allah tiba leraikan kekusutan
Disebalik musibah datang pertolongan
PERDIM PERAK
hanyalah bayangan
MEDIK BERKAT jadi sandaran
MEDIK BERKAT jadi sandaran
Mulanya ramai yang masih segan-segan
Tiada pengalaman menjadi alasan
Orang dulu-dulu pernah berpesan
Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan
Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Abdul Murshid doktor
berwibawa
Jadi bidan terjun secara paksarela
Namun amanah dipikul jua
Menggantikan Abdul Razak yang
berehat seketika
Yasmin Osman iron lady kita
Bertubuh kecil bersemangat waja
Ibarat lipas kudung persis lagaknya
Pastikan semua menjadi sempurna
Sharina Liza
pendiam orangnya
Tak sangka bekas pendebat rupanya
Bakat dicungkil secara tak sengaja
Kini dah ada MC tetap akhirnya
Rusnah Idrus
hebat orangnya
Menguruskan akaun MEDIK BERKAT kita
Tanpa dia semua kerja tergendala
Apa tidaknya, cek dia yang sediakannya
Haslina Hassan pendiam
dan rupawan
Sentiasa bersedia berikan sokongan
Walau dihimpit dengan kesukaran
Rela berkorban demi satu perjuangan
Sharifah pula tak
banyak bicara
Menjadi Penolong Bendahari kita
Sibuk sekali mengemaskini data
Maklumlah GP semborono saja
Shahrol Khairudzi
sudah sembuh semula
Bersyukur kehadrat Yang Maha Esa
Membacakan doa buat majlis kita
Semoga diberkati lagi dirahmatiNya
Ahmad Ramadzan sporting
orangnya
Menyokong kami sebagai peserta
Jutaan terima kasih kami kepadanya
Semoga berkelapangan di program yang lain pula
Abdul Razak, Kamaluddin
dan Kak Bed Zabidah kita
Janganlah kecewa mengundurkan diri pula
kerana pelbagai komitmen yang ada
Masih berpeluang untuk bersama
Semoga ukhuwah kekal selamanya
Ms Betty Caleb orang kuat PHI
Memang positif sejak dari awai
Banyak membantu sampai pewai
Mujur ambik supplemen awai-awai
Fazillah Bahari pembantu Ms Betty
Sentiasa berkejar ke sana-sini
Membantu kami tak henti-henti
Agar program lancar sekali
Cik Husna wakili PERDIM PUSAT
Jauh berkelana demi amanat
Membantu kami AJK MEDIK BERKAT
Jayakan program sehinggalah tamat
Puteri masih bersekolah lagi
Menjadi jurukamera program kali ini
Orangnya ringkas mudah ke sana-sini
Hasil kerjanya menakjubkan sekali
Akhir kata penutup bicara
Tanganku hulur maaf ku pinta
Tanganku hulur maaf ku pinta
Jika ada yang terlepas kata
Aku hanyalah manusia biasa
Yang sempurna hanyalah Dia





Tiada ulasan:
Catat Ulasan