AKU SEORANG GP

Isnin, 1 Oktober 2018

SUATU KELUHAN - GP DI MALAYSIA



GP MALAYSIA
Isnin, 1 Oktober, 2018
-Mior Yusuf

Ada mata tetapi buta
Ada telinga tetapi tuli
Ada kuasa tetapi membinasa
Ada peluang tetapi merewang.

Bincang sudah, ‘meeting’ pun sudah
Sidang akhbar yang tak sudah-sudah
Rayu sudah, maklum pun sudah
Berkajang surat memorandum diserah.

Apa tindakan yang sangat menyusah?
Lebih dua puluh tahun masih juga tak kisah
Kesabaran kami dah ditahap parah
Luka terpendam kian berdarah.

Perit-jerih resah-gelisah
Kami semua sudah menyampah
Inikah gaya kepimpinan bermaruah?
Malaysia baru perlu berubah.

Apakah kami hanya diarah?
Mengikut saja jangan membantah
Kami juga rakyat bermaruah
Walau dipandang mata sebelah.

Tiba masanya menukar arah
Diam bukan lemah tak juga mengalah
Kepada Yang Maha Esa kami berserah
Semuanya pasti akan berubah.

Kerana Dia Maha Berkuasa
Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani
Keluhan kami golongan yang pasrah
Jangan dah terantuk baru nak tengadah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan