BUDAYA KUNING
-Mior Yusuf
15hb. Oktober, 2018
-Mior Yusuf
15hb. Oktober, 2018
Media sosial kecoh kembali
gara-gara Oktoberfest yang bakal dirai
saling berbalah menuding jari
memang dah terang lagi bersuluh
yang salah tetap salah
yang benar tetap benar
gara-gara Oktoberfest yang bakal dirai
saling berbalah menuding jari
memang dah terang lagi bersuluh
yang salah tetap salah
yang benar tetap benar
Kenapalah kita terikut-ikut
budaya kuning yang songsang lagi semput
kata negara sudah merdeka
kata rakyatnya bijak-bijak belaka
Malaysia baru kata mereka
rupanya indah khabar dari rupa
budaya kuning yang songsang lagi semput
kata negara sudah merdeka
kata rakyatnya bijak-bijak belaka
Malaysia baru kata mereka
rupanya indah khabar dari rupa
dapat inspirasi budaya ‘gypsy’
nak hidup bebas cara sendiri
menghisap ganja dan juga LSD
berpakaian aneh, lepak di pejalan kaki
melampias nafsu tak kira tempat lagi
Berambut Afro fesyen dahulu
rambut meremang penuh kutu
ada juga tak suka begitu
Kojak pula jadi 'trend' baru
ala Trojan, Mohican garang begitu
kegilaan remaja ketika itu.
rambut meremang penuh kutu
ada juga tak suka begitu
Kojak pula jadi 'trend' baru
ala Trojan, Mohican garang begitu
kegilaan remaja ketika itu.
‘Rockers’ pula jadi ikutan
berambut panjang ber’jeans’ koyak
muziknya bingit liriknya tenggelam
memekik-melolong bagai kerasukan
berimej ganas secara berkumpulan
luahan perasaan yang lama terpendam.
berambut panjang ber’jeans’ koyak
muziknya bingit liriknya tenggelam
memekik-melolong bagai kerasukan
berimej ganas secara berkumpulan
luahan perasaan yang lama terpendam.
Asalnya joget dan juga zapin
berubah menjadi ‘tango’ dan ‘breakdance’
tersilap langkah patah riuklah badan.
Kemudian muncul ‘reggae’ dan ‘hip-hop’
berseluar londeh berjaket hitam
petah bercakap jadi nyanyian.
berubah menjadi ‘tango’ dan ‘breakdance’
tersilap langkah patah riuklah badan.
Kemudian muncul ‘reggae’ dan ‘hip-hop’
berseluar londeh berjaket hitam
petah bercakap jadi nyanyian.
Arak, dadah, pergaulan bebas
berhibur berlebihan juga tidak berpakaian
senjata halus musnahkan peradaban
tak kiralah apa juga pegangan
semuanya melarang membuat kerosakan
kepada diri, keluarga dan keturunan
bukti yang ada patut jadi teladan.
berhibur berlebihan juga tidak berpakaian
senjata halus musnahkan peradaban
tak kiralah apa juga pegangan
semuanya melarang membuat kerosakan
kepada diri, keluarga dan keturunan
bukti yang ada patut jadi teladan.
Wahai pemuda-pemudi sekelian
begitulah juga para cendekiawan
ke mana perginya jatidiri kalian
seperti lembu dicucuk hidung
menurut saja kemahuan dan suruhan
merasa bangga jadi sebahagian
golongan yang sudah hilang kewarasan
begitulah juga para cendekiawan
ke mana perginya jatidiri kalian
seperti lembu dicucuk hidung
menurut saja kemahuan dan suruhan
merasa bangga jadi sebahagian
golongan yang sudah hilang kewarasan
Pelbagai malapetaka bencana alam
di daratan, udara mahupun lautan
bukan sekadar fenomena alam
meragut nyawa ratusan dan ribuan
sekelip mata melihat kemusnahan
begitulah mudahnya Dia lakukan
bila kemaksiatan tanpa batasan.
di daratan, udara mahupun lautan
bukan sekadar fenomena alam
meragut nyawa ratusan dan ribuan
sekelip mata melihat kemusnahan
begitulah mudahnya Dia lakukan
bila kemaksiatan tanpa batasan.
Ayuhlah semua ke pangkal jalan
buat yang disuruh oleh Tuhan
jangan ikutkan nafsu dan syaitan
kelak merosakkan badan dan fikiran
arak memabukkan juga merosakkan
pelbagai organ jadi sasaran
malah juga hilangkan kewarasan
kerap diteguk jadi ketagihan.
buat yang disuruh oleh Tuhan
jangan ikutkan nafsu dan syaitan
kelak merosakkan badan dan fikiran
arak memabukkan juga merosakkan
pelbagai organ jadi sasaran
malah juga hilangkan kewarasan
kerap diteguk jadi ketagihan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan