SAHABAT TELEGRAMKU
-Mior Yusuf
10hb Oktober 2018
-Mior Yusuf
10hb Oktober 2018
Assalamualaikum pembuka bicara,
Buat sahabatku jauh dan dekat,
Dulu kita satu universiti,
Kemudian terpisah tiada yg kisah,
Dalam telegram berjumpa sudah,
Berkongsi memori dan pelbagai kisah.
Buat sahabatku jauh dan dekat,
Dulu kita satu universiti,
Kemudian terpisah tiada yg kisah,
Dalam telegram berjumpa sudah,
Berkongsi memori dan pelbagai kisah.
Ramai yang kata kita mengada-ngada,
Membuang masa pagi ke senja,
Dah tua bangka masih nak berjumpa,
Biarlah apa orang nak kata
Nikmat berjumpa hanya kita yg rasa.
Membuang masa pagi ke senja,
Dah tua bangka masih nak berjumpa,
Biarlah apa orang nak kata
Nikmat berjumpa hanya kita yg rasa.
Kita berkumpul bukan membuang masa,
Al-maklumlah semua pun dah dewasa,
Tapi kita nak meraikannya
Silaturrahim yang terputus dah bersambung semula.
Al-maklumlah semua pun dah dewasa,
Tapi kita nak meraikannya
Silaturrahim yang terputus dah bersambung semula.
Masa yang berlalu tidak terasa,
Usia kita pun mengenjak dewasa,
Lima puluh dua rupanya usia kita
Sudah menghampiri lima puluh lima
Caruman KWSP bolehlah nanti ambil semua
Usia kita pun mengenjak dewasa,
Lima puluh dua rupanya usia kita
Sudah menghampiri lima puluh lima
Caruman KWSP bolehlah nanti ambil semua
Sejauh mana pun kita dah pergi,
Setinggi mana pun kita dah daki,
Namun USM tetap dihati,
Kerana di sinilah kita mula mengerti,
Sahabat sejati tak dapat ditukar ganti.
Setinggi mana pun kita dah daki,
Namun USM tetap dihati,
Kerana di sinilah kita mula mengerti,
Sahabat sejati tak dapat ditukar ganti.
Hampir empat tahun masa berlalu
Kali terakhir kita bertemu
Meriah sungguh suasana itu
Seolah masa begitu cemburu
Sampai makan pun dah tak lalu
Kali terakhir kita bertemu
Meriah sungguh suasana itu
Seolah masa begitu cemburu
Sampai makan pun dah tak lalu
Walaupun bergelap dan berpanas di situ,
Ditepi kolam renang ditiup bayu,
Namun tak seorang pun merasa jemu,
Suasana ReUnion yang penuh mesra dan syahdu.
Ditepi kolam renang ditiup bayu,
Namun tak seorang pun merasa jemu,
Suasana ReUnion yang penuh mesra dan syahdu.
Menyambung silaturahim amat dituntutNya,
Banyak faedah dan keberkatannya,
Kita pun semakin dipanjat usia,
Entah bila giliran kita tiba,
Hari inikah atau esok dan lusa?
Banyak faedah dan keberkatannya,
Kita pun semakin dipanjat usia,
Entah bila giliran kita tiba,
Hari inikah atau esok dan lusa?
Ada sahabat yang bergembira,
Anak kesayangannya sudahpun berjaya,
Tidak sia-sia ibu yang mengandungkannya,
Segulung ijazah jadi pengubatnya.
Anak kesayangannya sudahpun berjaya,
Tidak sia-sia ibu yang mengandungkannya,
Segulung ijazah jadi pengubatnya.
Ada juga sahabat kita yang berduka,
Kehilangan seseorang yang dicinta,
Apakan daya Allah lebih menyayanginya,
Semoga roh mereka dicucuri rahmatNya.
Kehilangan seseorang yang dicinta,
Apakan daya Allah lebih menyayanginya,
Semoga roh mereka dicucuri rahmatNya.
Kumpulan ini bukan sembarangan saja,
Bukan pemporak-peranda rumahtangga kita,
Bergurau senda memang lumrahnya,
Sekadar berhibur tak ada niat apa-apa.
Bukan pemporak-peranda rumahtangga kita,
Bergurau senda memang lumrahnya,
Sekadar berhibur tak ada niat apa-apa.
Akhir kata penutup bicara,
Kalau terkurang kelemahan hamba,
Maafkan hamba yang hina tak berdaya,
Yang baik jadi ikutan kita semua,
Semoga kita sentiasa dirahmatiNya,
Kalau terkurang kelemahan hamba,
Maafkan hamba yang hina tak berdaya,
Yang baik jadi ikutan kita semua,
Semoga kita sentiasa dirahmatiNya,





Tiada ulasan:
Catat Ulasan