AKU SEORANG GP

Jumaat, 5 Oktober 2018

TRAGEDI OKTOBER


Tanggal 3hb. Oktober, 2018, negara dikejutkan dengan tragedi yang menyayat hati melibatkan enam orang anggota Bomba dan Penyelamat yang telah terkorban serentak dalam misi mencari dan menyelamatkan seorang remaja yang dilaporkan hilang dan lemas dibawa arus deras di salah sebuah lombong di Puchong. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Al-Fatihah buat semua wirawan yang syahid dan didoakan semoga keluarga dan kenalan rapat semua yang terlibat terutamanya anak-anak dan isteri mereka diberikan keteguhan iman, kesabaran dan ketabahan bagi menempuhi ujianNya ini.


TRAGEDI OKTOBER
-Mior Yusuf
4hb Oktober, 2018

Malam yang kelam lagi bergelora,
Hujan mencurah tiada hentinya,
Arus deras menggila meranapkan segala,
Tanggal tiga haribulan Oktober, 2018,
Menjadi lipatan sejarah tragedi Oktober.

Enam anggota bertarung nyawa,
Wirawan tak didendang Bomba & Penyelamat negara,
Mengharungi arus deras menggila,
Menyahut panggilan kecemasan di sana,
Seorang remaja lemas sedang bertarung nyawa.

Korbankan diri demi pertiwi,
Walaupun SOP sudah dipatuhi,
Malang tidak berbau, maut jangan dicari,
Ajal maut ketentuan Illahi,
SOP lama perlu segera dikemaskini.

Pelbagai teori, pelbagai spekulasi,
Hanya menambahkan pilu di hati,
Yang sudah pergi jangan diratapi,
Iringkanlah doa dan ketabahan diri,
Agar tragedi Oktober tidak berulang kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan