AKAR PERDIM
-Mior Yusuf
6hb. September, 2017 (15:30)
6hb. September, 2017 (15:30)
Mulai kalam dengan Bismillah
Mensyukuri nikmat, Alhamdulillah
Maha Suci Allah, Subhanallah
Mohon keampunan, Astaghfirullah
Semoga berjaya, Allahu Akbar!
Pengakhiran kalam, La illa ha illallah
Pokok Jati tegak berdiri
Dalam tanah berakar-umbi
PERDIM gah dipersada kini
Serata Malaysia pemimpin dicari
Dalam tanah berakar-umbi
PERDIM gah dipersada kini
Serata Malaysia pemimpin dicari
PERDIM kini bukan yang dulu
Rumah kecil tiangnya seribu
Terus melangkah walau ada yang rebah
Janji ditepati bukan janji dicapati
Rumah kecil tiangnya seribu
Terus melangkah walau ada yang rebah
Janji ditepati bukan janji dicapati
Mari kita saling mengenali
Barisan AJK sesi terkini
Dua tahun menabur bakti
Dapur tak berasap berkali-kali
Barisan AJK sesi terkini
Dua tahun menabur bakti
Dapur tak berasap berkali-kali
Dato Presiden pemimpin disayangi
Bertubuh kecil penuh jatidiri
Bersemangat waja wawasan tersendiri
Itulah dia Dato Dr Ahmad Shukri
Bertubuh kecil penuh jatidiri
Bersemangat waja wawasan tersendiri
Itulah dia Dato Dr Ahmad Shukri
Serikandi ini makin dikenali
Menabur bakti menjadi pengganti
Dua Timbalan rebah ke bumi
Namun Dr Maziah masih teguh berdiri
Menabur bakti menjadi pengganti
Dua Timbalan rebah ke bumi
Namun Dr Maziah masih teguh berdiri
Setia berusaha walau di mana jua
Pantang mundur berani bersuara
Siang malam menabur jasa
Dr Boi Saidi Setiausaha kita
Pantang mundur berani bersuara
Siang malam menabur jasa
Dr Boi Saidi Setiausaha kita
Lemah-lembut budi pekertinya
Berjiwa besar berhati mulia
Memegang amanah kunci kira-kira
Dr Elina Bendahari kita
Berjiwa besar berhati mulia
Memegang amanah kunci kira-kira
Dr Elina Bendahari kita
Penyu tidak menangis lagi
Lantas hidupnya sudah diterangi
Menyampaikan hebahan maklumat terkini
Biro Penerangan dan Cif Dr Norzaidi
Lantas hidupnya sudah diterangi
Menyampaikan hebahan maklumat terkini
Biro Penerangan dan Cif Dr Norzaidi
Nampak pendiam pada mulanya
Rupanya peramah penuh dengan idea
Pemegang DFM walau sudah berusia
Dr Shamsuddin Pengerusi SPA kita
Rupanya peramah penuh dengan idea
Pemegang DFM walau sudah berusia
Dr Shamsuddin Pengerusi SPA kita
Wajah jelita tak makan usia
Bijak berbicara banyak jaringannya
Usahawan mithali pemimpin berani
Dr Wan Julia Ketua Serikandi
Bijak berbicara banyak jaringannya
Usahawan mithali pemimpin berani
Dr Wan Julia Ketua Serikandi
Bakat anugerah dari Illahi
Mencurah bakti tak kira hari
Biro Agama, Kebajikan ditangani
Dr Mohd Farid buat PERDIM berseri
Mencurah bakti tak kira hari
Biro Agama, Kebajikan ditangani
Dr Mohd Farid buat PERDIM berseri
Walau kini tidak pantas berlari
Lantas diuji hakikat diri
Banyak berjasa menabur bakti
Dato Dr Hamdan sahabat sejati
Lantas diuji hakikat diri
Banyak berjasa menabur bakti
Dato Dr Hamdan sahabat sejati
Berwajah ceria petah berkata
Serikandi ini tak kurang hebatnya
Berani bersuara menjadi pembela
Penolong Setiausaha Dr Dahlia namanya
Serikandi ini tak kurang hebatnya
Berani bersuara menjadi pembela
Penolong Setiausaha Dr Dahlia namanya
Persis Awang Sulong Merah Muda
Pahlawan Melayu dahulu kala
Sentiasa bersedia mewakili kita
Dr Syed Amanullah hulubalang berjasa
Pahlawan Melayu dahulu kala
Sentiasa bersedia mewakili kita
Dr Syed Amanullah hulubalang berjasa
Pendekar Awang banyak berjasa
Namun penjajah menukar cerita
Banyak idea dan bijak perancangannya
Dr Mohamad Hanafiah ‘thinktanker’ kita
Namun penjajah menukar cerita
Banyak idea dan bijak perancangannya
Dr Mohamad Hanafiah ‘thinktanker’ kita
Orangnya pendiam penuh bersahaja
Jarang berkata-kata tajam fikirannya
Peneraju ‘PERDIM PIC-HDC’ berjenama
Dr Azman MN itulah orangnya
Jarang berkata-kata tajam fikirannya
Peneraju ‘PERDIM PIC-HDC’ berjenama
Dr Azman MN itulah orangnya
Suasana sedih menjadi ceria
Gelagatnya persis si Penglipurlara
Mahir IT juga banyak kisah lama
Dr Erman Shah empunya nama
Gelagatnya persis si Penglipurlara
Mahir IT juga banyak kisah lama
Dr Erman Shah empunya nama
Dua insan ini banyak berjasa
Membangunkan ekonomi dan koperasi kita
Walaupun pendapat mungkin berbeza
Dr Azman MS dan Dr Abdul Malik terus berusaha
Membangunkan ekonomi dan koperasi kita
Walaupun pendapat mungkin berbeza
Dr Azman MS dan Dr Abdul Malik terus berusaha
Rajin bekerja di mana jua
Merekalah pahlawan yang tak didendangkan kita
Dr Maznor, Dr Muzvin dan Dr Alizah juga
Merekalah pahlawan yang tak didendangkan kita
Dr Maznor, Dr Muzvin dan Dr Alizah juga
Darah muda bersemangat waja
Peneraju bidang ‘Functional Medicine’ kita
PERDIM ‘Wellness’ hasil usaha mereka
Dr Rosmawati, Dr Hafiz memang banyak berjasa
Peneraju bidang ‘Functional Medicine’ kita
PERDIM ‘Wellness’ hasil usaha mereka
Dr Rosmawati, Dr Hafiz memang banyak berjasa
Berfikiran kritis penuh berwawasan
Budaya kerja cemerlang jadi amalan
Penuh teliti buat perancangan
Dr Abdol Rashid bakal jutawan
Budaya kerja cemerlang jadi amalan
Penuh teliti buat perancangan
Dr Abdol Rashid bakal jutawan
Media siber jadi pilihan
Mendidik masyarakat berilmu berwawasan
Aktivis masyarakat dibidang kesihatan
Dr Zubaidi sahabat seperjuangan
Mendidik masyarakat berilmu berwawasan
Aktivis masyarakat dibidang kesihatan
Dr Zubaidi sahabat seperjuangan
Akhir sekali yang empunya cerita
Insan kerdil tak punya apa-apa
Rebah dipertengahan perjalanannya
Itulah realiti hakikat hidupnya
Insan kerdil tak punya apa-apa
Rebah dipertengahan perjalanannya
Itulah realiti hakikat hidupnya
Dua tahun masa berlalu
Dua Timbalan rebah di situ
Namun PERDIM terus maju
Demi kesatuan doktor-doktor Melayu
Dua Timbalan rebah di situ
Namun PERDIM terus maju
Demi kesatuan doktor-doktor Melayu
Panjang sudah kita berbicara
Perjuangan kita teruskan sahaja
Walau ribut taufan melanda
Barisan kita tetap bersedia
Perjuangan kita teruskan sahaja
Walau ribut taufan melanda
Barisan kita tetap bersedia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan