AKU SEORANG GP

Khamis, 18 Oktober 2018

DIAM



DIAM
18hb Oktober, 2018
-Mior Yusuf

Diam bukan bererti mengalah
Diam bukan tak tentu arah
Diam juga bukannya menyerah
Diam penuh seribu makna
Diam tak perlu kata apa-apa.

Diam-diam ubi berisi
Diam-diam besi berkarat
  Muhammad s.a.w pernah berpesan
Diam lebih baik dari berkata-kata
Namun berkata-katalah jika perlu
Jika tidak lebih baik diam saja

Bukan masanya menjadi juara
Menang sorak kampung tergadai
Kita dah lama jauh ketinggalan
Di segenap sudut dan juga lapangan
Jangan berlengah membuang masa
Masa itu emas bukannya suasa

Masih juga ramai yang leka
Sesama sendiri masih bersengketa
Saban hari mereka cerita
Tukang membawang fitnah merata
Musuh sentiasa perhatikan kita
Jerat tak pernah lupa pelanduknya

Marilah kita rapatkan barisan
Perjuangan kita tegakkan kebenaran
Usah diungkit kesilapan silam
Ayuhlah kita buat pembetulan
Salah dan silap kita bermaafan
Barulah negara jadi aman

Yang diberi kuasa jangan terleka
Tunaikan segera amanah yang dibawa
Berbuat janji jangan berdusta
Juga memutar-belit pula
Kelak ramai yang kecewa
Tiada lagi yang akan percaya
Paku dulang paku serpih
Mengata orang dia yang lebih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan