AKU SEORANG GP

Ahad, 7 Oktober 2018

REUNION REMAJA PURBA


REUNION REMAJA PURBA
-Mior Yusuf
7hb Oktober, 2018

Nak buat reunion bukan main-main cerita
perlu berkorban wang, tenaga dan juga masa,
Bukan cakap kosong dalam wassap atau telegram saja,
perlu diterjemah dalam tindakan juga.

Masing-masing menyumbang bukan sekadar penumpang,
Banyak kali dicuba tapi langkahnya masih sumbang,
Ramai yang kata reunion remaja purba
hanya sia-sia dan membuang masa
kalau tiada hala tujunya.

Sekadar berborak dan makan di kedai kopi boleh juga,
Sekadar silatur-rahim ziarah-menziarahi pun apa kurangnya,
Sekadar bertanya khabar dalam telegram dan wassap pun ada
Tentu ada lebih sebab lakukannya,
Bukan sekadar rehat-rehat dan gelak tawa sahaja.

Yang paranoid bimbang rumahtangga tak terjaga
Yang oportunis kata bila lagi nak mengena
Yang pesimis pula semuanya mustahil saja
Yang sinis fikir cuma buang masa
Yang optimis tinggal dua tiga kerat sahaja

Fikir-fikirkanlah apa yang dikata,
Kalau dah sepakat teruskan saja,
Cepat tubuhkan AJK pelaksana,
Barulah impian menjadi nyata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan