Pada 8 haribulan Mac, 2014, dunia telah dikejutkan dengan perkhabaran kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dalam perjalanannya dari KLIA ke Beijing. Walaupun sehingga kini kehilangannya masih menjadi misteri dan tanda tanya, namun apa yang pasti berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya terutama kepada para waris dan sahabat-handai mereka yang terlibat.
MH370
-Mior Yusuf
14hb Mac 2014
-Mior Yusuf
14hb Mac 2014
Tanggal delapan bulan Mac, 2014
jam dua empat puluh pagi waktu tempatan
aku dikejutkan dari lena yang panjang
pesawat MAS MH370 dari KL ke Beijing
membawa bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal
tiba-tiba menghilang tanpa dapat dikesan
jam dua empat puluh pagi waktu tempatan
aku dikejutkan dari lena yang panjang
pesawat MAS MH370 dari KL ke Beijing
membawa bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal
tiba-tiba menghilang tanpa dapat dikesan
Emosiku segera bercampur-baur
antara hiba dan tidak percaya
antara cemas dan penuh prasangka
namun hakikatnya sudah ketara
beritanya terpampang dimana-mana
sukarku terima tapi itulah suratanNya
antara hiba dan tidak percaya
antara cemas dan penuh prasangka
namun hakikatnya sudah ketara
beritanya terpampang dimana-mana
sukarku terima tapi itulah suratanNya
Keringat tumpah membasahi bumi
otak diperah sampai ke pagi
bantuan mencurah timur dan barat
kecanggihan teknologi pelbagai situasi
menjejak bukti di angkasa dan samudera
satu harapan satu tujuan
membawa pulang MH370 yang hilang
otak diperah sampai ke pagi
bantuan mencurah timur dan barat
kecanggihan teknologi pelbagai situasi
menjejak bukti di angkasa dan samudera
satu harapan satu tujuan
membawa pulang MH370 yang hilang
Pepatah ada mengatakan,
harimau mati meninggalkan belang
manusia mati meninggalkan nama
namun mereka masih belum pasti
kemana menghilang MH370 dan seluruh warganya
masih hidupkah ataupun sudah mati?
harimau mati meninggalkan belang
manusia mati meninggalkan nama
namun mereka masih belum pasti
kemana menghilang MH370 dan seluruh warganya
masih hidupkah ataupun sudah mati?
Pelbagai wawancara pelbagai sidang media
semuanya bak walhasil balik asal
tak kurang juga yang cuba berjenaka
mengejar publisiti murahan tatapan dunia
mengambil kesempatan di atas kesempitan
disaat mereka masih berduka
kehilangan ahli keluarga secara tiba-tiba
semuanya bak walhasil balik asal
tak kurang juga yang cuba berjenaka
mengejar publisiti murahan tatapan dunia
mengambil kesempatan di atas kesempitan
disaat mereka masih berduka
kehilangan ahli keluarga secara tiba-tiba
Kepada sanak-saudara, rakan dan taulan
yang masih menunggu dengan penuh pengharapan
tabahkan hatimu kuatkan iman
ujian kesabaran bukti keimanan
yakinlah dengan pertolonganNya
teruskan berdoa jangan mudah putus harapan
seluruh dunia turut sama mendoakan
agar mereka semua selamat kepangkuan.
yang masih menunggu dengan penuh pengharapan
tabahkan hatimu kuatkan iman
ujian kesabaran bukti keimanan
yakinlah dengan pertolonganNya
teruskan berdoa jangan mudah putus harapan
seluruh dunia turut sama mendoakan
agar mereka semua selamat kepangkuan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan