KENALILAH DIRI KITA
19hb Oktober, 2018
-Mior Yusuf
19hb Oktober, 2018
-Mior Yusuf
Siapakah kita?
Ada yang mengatakan kita adalah siapa kawan-kawan kita. Di sudut kesihatan pula ada yang mengatakan kita adalah apa yang kita makan. Pendek kata semuanya yang berada di sekeliling kita adalah sebenarnya cerminan diri kita ini. Oleh itu berhati-hatilah dengan siapa kita berkawan, apa yang kita makan dan sebagainya kerana secara tidak disedari ianya bakal mempengaruhi sikap dan tindakan kita serta perubahan fizikal dan tahap kesihatan kita di masa depan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya dan terlajak makan pula badan yang merana.

Bila kita ditipu orang, ia mengajar kita mengenali erti
sebenar wajah disebalik topeng yang dipakai. Oleh itu selamilah apa yang
tersirat dan tanggalkanlah topeng muka kita dahulu supaya kita dapat mengenali
wajah disebalik topeng-topeng tersebut. Sedarlah kita bahawa dunia ini hanyalah suatu lakonan oleh pelakon-pelakon sandiwara yang sentiasa berubah watak mengikut skripnya masing-masing.
Bila kita kehilangan pekerjaan, ia mengajar kita bersyukur
dengan pekerjaan yang kita pernah miliki sebelum itu dan pada masa yang sama
meyakini pasti ada hikmah disebalik musibah itu bagi membetulkan semula pergantungan
kita terhadapNya termasuklah dalam urusan mencari nafkah melalui rezeki yang
diredhaiNya. Ibarat satu pintu ditutupNya, banyak pula pintu-pintu rezeki yang lain pula dibukakanNya apabila kita kembali berserah kepadaNya, mentaatiNya dengan penuh keikhlasan dan yakin dengan apa jua ketentuanNya.
Bila harta kita dicuri orang, ia mengingatkan kita apa yang
kita ada pada hari ini tiada yang kekal. Oleh itu hargailah segalanya semasa
masih memilikinya kerana dunia ini adalah pinjaman dan kita hanyalah pemegang
amanah. Ianya juga sebagai peringatan bahawa harta yang kita miliki itu bukan
hak kita semuanya tetapi ada pemilik yang bakal mengambil haknya nanti samada
secara sukarela ataupun dipaksa.
Bila kita dilukai, ia mengajar erti kepedihan yang sangat
dalam dan ianya akan menjadi lebih parah lagi jika ianya dilakukan oleh
seseorang yang amat kita kasihi atau percayai selama ini. Oleh itu janganlah
melukai dan berwaspadalah selalu agar kita tidak melukai sesiapapun kerana walaupun
lukanya sudah sembuh namun parutnya tetap kekal terpahat dihati seseorang
melainkan dia telahpun memaafkan kita dan segera melupakan segalanya untuk
meneruskan kehidupannya tanpa mahu menoleh ke belakang lagi akibat segala
kepedihan di masa silam.
Bila kita sakit terlantar, ia mengajar kita nilai sebenar
kesihatan dan wang yang banyak tidak dapat membeli kesihatan yang sudah hilang.
Oleh itu ingatlah sebelum kena dan cegahlah sebelum parah kerana mencegah itu
lebih baik daripada mengubati. Penyakit jangan dicari, maut jangan ditempah.
Bila kita kehilangan seseorang yang dikasihi buat
selama-lamanya, ia mengajar kita untuk menjadi lebih tabah bagi meneruskan
kehidupan disamping meletakkan sepenuhnya kasih-sayang dan kebergantungan kita hanyalah kepada satu-satunya
kekasih awal dan akhir kita yang kekal hidup selama-lamanya dan sentiasa ada dekat
dengan kita cuma kita yang tidak menyedari serta menghargai kasih sayangNya
lalu kita sering melakukan perkara-perkara yang dimurkaiNya.
Begitulah seterusnya di dalam apa jua ujian yang
diberikanNya kepada kita samada dalam bentuk kehilangan, kekurangan, kelaparan,
kesusahan, kesakitan dan ketakutan, sebagai seorang yang beriman kita
dianjurkan untuk mengatasinya dengan sabar dan mengerjakan solat serta redha
dengan apa jua ketentuanNya kerana segalanya adalah baik untuk kita dan mampu
kita tangani. Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani hamba-hamba
ciptaanNya terhadap sesuatu kebaikan disebalik pelbagai ujian tersebut dan Dia
juga Maha Mengetahui kemampuan setiap hamba ciptaanNya dalam menghadapi sesuatu
ujianNya.
Segala ujianNya ini juga menyedarkan kita siapakah diri kita yang sebenar-benarnya bila segala yang dipinjamkan olehNya kepada kita itu diambilNya semula bagi menguji keimanan kita. Diantaranya termasuklah kesihatan, kecantikan, ketampanan, kegagahan, kekayaan dan pelbagai lagi nikmat dan kurniaanNya yang begitu sedikit sekali kita syukuri ketika memilikinya malah ibarat seseorang yang baru saja terjaga daripada tidur lena yang panjang lalu tersedar hakikat sebenarnya diri ini bila kita sudahpun kehilangannya.

Oleh itu sentiasalah bersangka baik, bersabar serta
mengerjakan solat, redha, bersyukur, takut dan berharap serta berserah diri (tawakkal)
secara total terhadap apa jua ketentuan dan kehendakNya kerana sudah pasti
segalanya adalah yang terbaik buat kita jika kita mengetahuinya. InsyaAllah
kemanisan hidup bakal dirasai kelak dan hikmahNya akan dapat difahami bagi
mereka yang diberikan petunjukNya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan